Blog Cikgu Ramlan Pit

Cikgu Bahasa Melayu & Chef Dalam Masakan

Latihan punca SJKC cemerlang

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Latihan yang berganda menjadi antara faktor murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) lebih cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, faktor itu dilihat amat jelas berbeza di antara murid di SJKC dengan Sekolah Kebangsaan.

“Kalau murid di Sekolah Kebangsaan diberi 10 bentuk latihan, murid di SJKC akan membuat kira-kira 30 latihan dalam mata pelajaran itu.

“Itu menjadi antara punca mengapa murid di sekolah jenis itu boleh mencapai tahap kecemerlangan yang baik dalam dua mata pelajaran itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hashim berkata, membuat latihan berganda seharusnya dijadikan sistem pembelajaran di semua sekolah.

“Murid di SJKC yang cemerlang dalam dua mata pelajaran ini juga dilihat mempunyai disiplin baik terhadap pelajaran mereka walaupun berada di rumah,” katanya.

Beliau berkata, usaha kerajaan untuk mengkaji kaedah pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains itu adalah langkah yang baik dan belum terlambat.

“Langkah ini amat berfaedah kepada sistem pendidikan negara kita. Sepatutnya kita melihat kepada semua bentuk kaedah pembelajaran dan pengajaran di semua jenis sekolah,” katanya.

November 29, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: