Blog Cikgu Ramlan Pit

Cikgu Bahasa Melayu & Chef Dalam Masakan

Kata Ganti Nama

A. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA:
1. Jenis kata ganti nama:
a. Ganti nama diri pertama
: aku, saya, hamba, patik, kami, kita, beta
b. Ganti nama diri kedua : awak, engkau, kau, mu, kalian, kamu, saudara/i, tuan/puan,
cik, encik
c. Ganti nama diri ketiga : dia, mereka, baginda, Tuhan, orang itu, pelajar itu, ia
2. Jenis kesalahan kata ganti nama:

i. ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk binatang atau benda. (‘ia’ – untuk manusia sahaja)
Salah:
– Ayam itu berkokok. Ia berkokok dengan kuat.
– Kereta itu rosak. Ia rosak semalam.
Betul:
-Ayam itu berkokok. Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Kereta itu rosak semalam

ii. ‘ia’ tidak boleh disambung dengan ‘nya’.


Salah:
-Ia dimarahi guru kerana ianya jahat.
Betul:
-Ia dimarahi guru kerana ia jahat.

iii. Kata ganti nama tidak boleh digandakan. (kecuali ‘tuan/ puan, saudara/i, encik’)

Salah:
Mereka-mereka semua sedang tidur.
Kamu-kamu semua perlu sedar.
Betul:
Mereka semua sedang tidur.
Kamu semua perlu sedar.

iv. Singkatan ‘mu’ dan ‘ku’ mesti dicantumkan dengan objek.

Salah:
-Saya akan pergi ke rumah mu.
-Sudah ku baca buku itu.
Betul:
-Saya akan pergi ke rumahmu.
-Sudah kubaca buku itu.

v. Gelaran kata nama khas mesti dengan huruf besar.

Salah:
-Nama guru saya encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah si Tompok.
Betul:
-Nama guru saya Encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah Si Tompok.

vi. ‘Tuhan’ mesti dieja dengan huruf besar.’ Nya’ untuk Tuhan mesti ada tanda sengkang dan berhuruf besar.

Salah:
-Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita.
Betul:
-Semoga Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.

vii. Jawatan yang bilangannya sedikit atau ‘khas’ mesti dengan huruf besar.

Salah:
-Perdana menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan menteri pertanian.
Betul:
-Perdana Menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan Menteri Pertanian.

viii. ‘ia’ dan ‘dia’ tidak boleh untuk orang dihormati atau yang lebih tua. (gunakan ‘beliau’)

Salah:
-Pegawai itu tidak hadir kerana ia sakit.
-Perdana Menteri demam kerana dia terkena hujan.
Betul:
-Pegawai itu tidak hadir kerana beliau sakit.
-Perdana Menteri demam kerana beliau terkena hujan.

ix. ‘beliau’ tidak boleh untuk orang jahat atau kanak-kanak.

Salah:
Beliau ditangkap kerana merompak.
Beliau masih bayi lagi, cikgu.
Betul:
Dia/ ia ditangkap kerana merompak.
Dia/ ia masih bayi lagi, cikgu.

November 26, 2009 - Posted by | PMR

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: