Blog Cikgu Ramlan Pit

Cikgu Bahasa Melayu & Chef Dalam Masakan

Kata Bilangan

kata bilangan tentu
satu, dua, tiga, dan seterusnya

kata bilangan tak tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, para, setengah-setengah, sesetengah, dan sebagainya

kata bilangan pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku, satu per tiga, lima per tujuh, dan sebagainya

kata bilangan pisahan
setiap, masing-masing dan tiap-tiap

kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, beribu-ribu, ribuan, beratus-ratus, ratusan, berjuta-juta, jutaan, dan sebagainya

kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya

KESALAHAN UMUM PELAJAR
1. Beberapa pelajar (salah)
Pembetulan: Beberapa orang pelajar
(kata bilangan beberapa MESTI diikuti penjodoh bilangan)

2. Lima setengah jam (salah)
Pembetulan: Lima jam setengah
(kata bilangan pecahan mestilah di letakkan di hujung kata bilangan tentu)

3. Setiap orang pelajar (salah)
Pembetulan: Setiap pelajar
(pelajar sudah menunjukkan “orang”, maka TIDAK perlu penjodoh bilangan “orang” lagi.

4. Beribu hadiah, berjuta bintang, (salah)
Pembetulan: Beribu-ribu hadiah, berjuta-juta bintang, beratus-ratus buah kereta
(beribu bermaksud “mempunyai ibu”, berjuta bermaksud “ada juta”)

5. Kedua ibu bapa (salah)
Pembetulan: Kedua-dua ibu bapa
(kedua bermaksud “tempat kedua” dan kedua-dua bermaksud “dua orang yang terlibat”)

6. Setiap-tiap pelajar, tiap pelajar (salah)
Pembetulan: Setiap pelajar, tiap-tiap pelajar
(Dalam BM, hanya ada “setiap” dan “tiap-tiap”)

Latih Nahu
Nyatakan sama ada frasa di bawah betul (B) atau salah (S), kemudian berikan jawaban yang betul untuk menggantikan jawaban yang salah.

  1. Kedua-dua orang menteri ( )
  2. Satu suku jam ( )
  3. Dua ringgit setengah ( )
  4. Setengah pelajar ( )
  5. Separuh daripada murid di dalam kelas ( )
  6. tiap peserta pertandingan ( )
  7. beribu-ribu buah komputer ( )
  8. Setengah-setengah remaja ( )
  9. Seluruh buah kampung ( )
  10. tempat keempat belas di dalam kelas ( )

November 26, 2009 - Posted by | PMR

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: