Blog Cikgu Ramlan Pit

Cikgu Bahasa Melayu & Chef Dalam Masakan

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU RAMLAN PIT

SYABAS ANAK DIDIKKU

Oleh: Hj. Ramlan Pit

Semalam (11 Mac 2010) Keputusan 2009 diumumkan. Aku cukup bersyukur dan berbangga kepada pelajar-pelajar 5 Aktif tahun 2009 kerana telah membuktikan kecemerlangan dalam Bahasa Melayu. Semua pelajar mendapat A dalam Bahasa Melayu (30A+, 1A dan 2A-) Saya amat-amat terharu dengan pencapaian ini. Terima kasih anak didikku. Anda telah membuktikannya!!!!!!!!!!!!!

CIKGU GEMBIRA.

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YAN SEMPURNA MENELAAH PELAJARAN:
(dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran)
‘WAHAI TUHANKU KURNIAKANLAH KAMI FAHAMAN NABI-NABI DAN HAFALAN PARA RASUL SERTA MENDAPAT ILHAM DARI PARA MALAIKAT YANG HAMPIR DENGAN-MU ,JUGA KURNIAKAN KAMI KESIHATAN WAHAI TUHAN YANG AMAT PENGASIH.

DOA SEBELUM MASUK KELAS / DEWAN PEPERIKSAAN
‘YA ALLAH, PERSIAPKAN KAMI MENGENAI DENGAN URUSAN KAMI DENGAN PETUNJUK-MU”

DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
“MAHA SUCI TUHAN YANG TIDAK PERNAH TIDUR DAN TIDAK PERNAH LALAI. WAHAI TUHANKU, INGATKANLAH AKU APA-APA YANG AKU LUPA”

DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
(dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan)
“YA ALLAH KAMI MEMOHON KEJAYAAN DALAM SETIAP KETENTUAN, TEMPAT PARA SYUHADAH DAN KEHIDUPAN ORANG-ORANG BAHAGIA SERTA KEMENANGAN MENGATASI”

DOA PENERANG HATI
“YA ALLAH JADIKAN DALAM HATI NUR KECERDIKAN DAN DALAM PENDENGARAN NUR DAN DALAM PENGLIHATAN NUR DAN JADILAH AKU MEMILIKI NUR”

DOA MOHON ILMU, TAQWA, KESIHATAN DAN AKHLAK
“YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADAKU ILMU PENGETAHUAN, CANTIKANLAH AKU DENGAN SIFAT LAPANG DADA, MULIAKANLAH AKU DENGAN KETAQWAAN SERTA BAKILAH AKU DENGAN KESHATAN”

DOA MOHON KEFAHAMAN DAN KEKUATAN MENGINGAT
“YA ALLAH KURNIAKANLAH AKU KEFAHAMAN PARA NABI, KEKUATAN INGATAN PARA RASUL DAN ILHAM YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA PARA MALAIKAT DALAM KEADAAN SIHAT. WAHAI TUHAN YANG MAHA PENYAYANG”

DOA MOHON AGAR MUDAH MENGINGAT FAKTA
“YA ALLAH TIADA PERKARA YANG MUDAH MELAINKAN APA YANG ENGKAU JADIKAN MUDAH, ENGKAU BERIKAN KUASA MENUKARKAN PERKARA YANG SUSAH AGAR MENJADI SENANG”

DOA MUDAH FAHAM DAN HAFAL
“YA ALLAH KURNIAKANLAH KAMI FAHAMAN PARA NABI DAN HAFALAN PARA RASUL SERTA DAPAT ILHAM PARA MALAIKAT YANG HAMPIR DENGAN-MU JUGA KAU KURNIAKANLAH KAMI KESIHATAN WAHAI YANG AMAT MENGASIHI”

DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
“YA ALLAH TERANGKANLAH HATI KU SEPERTI TERANGKAN HATI-HATI ORANG YANG ARIF. FAHAMKAN AKU PERKARA AGAMA KU”

DOA MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
“YA ALLAH BERILAH AKU ILHAM PETUNJUK (KECERDASAN) DAN LINDUNGILAH AKU DARI KEJAHATAN NAFSUKU”

DOA KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
“YA ALLAH LAPANGKANLAH DADAKU, MUDAHKANLAH PERKERJAANKU (URUSANKU) DAN LANCARKANLAH LIDAHKU AGAR MEREKA FAHAM PERBICARAANKU”

DOA MOHO DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
“YA TUHANKU,TAMBAHKANLAH KEPADAKU ILMU DAN BERIKAN AKU KEFAHAMAN (PERGERTIAN YANG BAIK DAN FAHAMAN).

WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
“WAHAI TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI ILMU YANG BERHIKMAH.

DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (MENTAL BLOCK)
(dibaca sewaktu menduduki peperiksaan)
“WAHAI TUHAN YANG MEMBAWA PETUNJUK , TUNJUKI AKU “APABILA KITA BERADA DALAM KEGELAPAN FIKIRAN, KITA BACA DOA TERSEBUT , INSYA-ALLAH SEKETIKA ITU, JUGA KITA AKAN MEMEPEROLEH PETUNJUK BOLEH JUGA DIBACA SEKETIKA SESAT JALAN.

BERDOALAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, RAHMAT ALLAH ADA DIMANA-MANA INSYA-ALLAH.

TIP MENANGANI STRES

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres sering kali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stres yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres ialah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar berlakon, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang anda hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan di wajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.

STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN.

Pendahuluan

Manusia mempunyai keupayaan untuk me-ngingat yang agak terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kema-hiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan.

•Minat terhadap apa yang dipelajari.

Ini adalah syarat yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat sesuatu yang tidak diminati. Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang meminati apa-apa yang yelah dipelajari.

•Belajar dengan tujuan untuk mengingat.

Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk faham. Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda su-dah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh de-ria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas.

•Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru.

•Fahami dahulu sebelum mengingat.

Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat terse-but di simpan dalam ingatan.

•Menyusun ingatan secara logik.

Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah kika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.

•Mengingati fakta dalam satu rangkaian.

Biasanya adalah lebih mudah untuk mengi-ngat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mu-dah jika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.

•Latih tubi dan ulang berkali-kali.

Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses ingatan.

•Menilai kembali apa yang dipelajari.

Anda perlu menguji kembali ingatan dan ke-fahaman anda terhadap maklumat yang dipelajari. Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang salah. Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda.

•Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari.

Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri mengamalkan apa yang dipe-lajari. Oleh itu, anda perlulah :

•Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui.

Contohnya, mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan dengan fakta yang diketahui.
Nombor telefon : 5776242

Boleh dipecahkan kepada : 57-76-242

Boleh diingat sebagai : Tahun kemerdekaan Malaysia (57)

Umur nenek (76)

Nombor rumah (242)

•Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadi-kan perkataan atau bunyi yang senang dikenali.

Atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan mengingatkan fakta.

•Kaedah-kaedah lain :

i. Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk mudah diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri.

Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti : Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura.

Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti berikut : Kalau Basi Jangan Makan, Sakit!

ii. Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai maklumat yang perlu diingati.

Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti INTAN, KEJORA dan sebagainya.
Rumusan :

Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran be-lajar bukan sahaja membantu memper-tajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar dengan bersistem dan de-ngan itu seluruh sistem pem-belajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan terarah.

Apa yang penting sekali ialah setiap pelajar yang ingin berjaya haruslah memperlengkapkan diri mereka sebelum menduduki peperiksaan untuk menuju ke arah itu. Ibu bapa, teman dan rakan sejawat perlulah mem-punyai peranan yang paling istimewa dalam menyalur-kan keyakinan dan meniupkan semangat supaya pelajar-pelajar itu terus terangsang.

Teguran, ingatan dan tiupan semangat sedemikian sudah tentu membantu pelajar untuk berjaya. Selamat Berjaya!

MADAH IMAM SHAFIE

IMAM Al-Shafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaran Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik ajarannya. Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju kehidupan,selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

Antaranya:-

Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan
kecantikannya murah hati.

Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia
berada
dalam kekurangan.

Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada
kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah

Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana
pilihan),sedangkan
kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul Idhthirar (kerana
terpaksa).

Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia
banyak
berkhalwat (menyendiri) , mengurangkan makan, tidak bergaul dengan
orang
bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan
orang
berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada
segala
perbuatan tercela.

Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman
sahabatnya dan
menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.

Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan
tidak ada
kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia
menginginkan kebaikannya.

Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna
dia
telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.

Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada
kemuliaan
baginya.

Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja
kerana
kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah
menguasai
anda dan anda tidak boleh menguasainya.

Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih
tercela.

Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan
Allah
kepada Ahli Tauhid.
“Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah”

“Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami”

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan ayat-ayat ini, semoga kita akan termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya

Oleh: Cikgu Ramlan Pit

Selamat datang ke Blog Cikgu Ramlan Pit.

Cara belajar yang betul

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul
akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

1 – Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2 – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3 – Gunakan masa awal pagi

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4 – Buat nota ringkas

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5 – Mengikut jadual sepenuhnya

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

6 – Mencuba soalan tahun lalu

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7 – Ulang sebanyak kali yang boleh

Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8 – Sentiasa menanya kalau tidak faham

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

9 – Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10 – Mengunjungi perpustakaan

Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

11 – Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

12 – Imbangkan masa kokorikulum dan akademik

Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

13 – Belajar mengikut rentak sendiri

Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

14 – Persiapan minda sebelum ulangkaji

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

15 – Elakkan gangguan emosi

Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

16 – Kurangkan kerja rumah tangga

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

17 – Rancangkan jadual ulangkaji setahun

Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

18 – Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan

Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

19 – Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda

Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

20 – Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan

Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

21 – Terokai bakat dan minat anda

Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan

Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

TIPS PELAJAR CEMERLANG

Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
2. kita ingat 20 % apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90 % setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

10. Berbuat baik dengan guru

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

November 23, 2009 - Posted by | Uncategorized

Sorry, the comment form is closed at this time.

%d bloggers like this: