Blog Cikgu Ramlan Pit

Cikgu Bahasa Melayu & Chef Dalam Masakan

Pendahuluan Karangan

Menulis Pendahuluan Karangan

Pendahuluan dalam sesebuah karangan itu amat penting. pendahuluan akan memberikan gambaran pertama kepada pemeriksa tentang mutu penulisan yang akan diperiksanya.

Apa yang harus ada pada kandungan PENDAHULUAN?

1. Jangan masukkan isi

2. Setakat 50 – 60 patah perkataan

3. Tepat (menjurus kepada soalan)

4. Jelas

5. Satu perenggan sahaja

6. Kaitkan dengan isu-isu semasa

Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan, antaranya:

1. pendahuluan berbentuk persoalan

2. pendahuluan berbentuk definisi

3. pendahuluan berbentuk fakta

4. pendahuluan berbentuk peribahasa

5. pendahuluan berbentuk sejarah

Hari ini kita akan pelajari 3 jenis pendahuluan: persoalan, peribahasa dan fakta.

Di bawah ini terdapat 3 contoh pendahuluan. Baca dan camkan perbezaannya.

Sudah bersedia?

Pendahuluan Berbentuk Soalan:

TOPIK: Keganasan Rumah Tangga

Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda diri kita. Gejala ini ibarat ‘duri dalam daging’. Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini? Siapakah yang harus dipersalah? Di manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah antara persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.

Pendahuluan Berbentuk Peribahasa

TOPIK: Seperti Kacang Lupakan Kulit

Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah ’seperti kacang lupakan kulit’ dan ’seperti ulat lupakan daun’. Peribahasa ’seperti kacang lupakan kulit’ bermaksud seseorang yang lupa akan orang yang telah menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada segala jasa, pertolongan dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup ’seperti kacang lupakan kulit’ tidak akan hidup bahagia sama ada di dunia ataupun akhirat.

Pendahuluan Berbentuk Fakta

TOPIK: Bersama Memerangi Budaya Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya, budaya ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, malah perlu ditangani segera.

Setelah membaca dapatkah pelajar-pelajar mengecam perbezaan gaya pembukaan karangan untuk ketiga-tiganya?

Baiklah kini tiba waktu untuk latihan. Mudah sahaja.

Pelajar-pelajar perlu memilih untuk menghasilkan 2 sahaja pendahuluan karangan yang berikan di bawah ini.

Gunakan teknik yang berbeza bagi melakarkan pendahuluan kamu. Contohnya kamu pilih teknik pendahuluan fakta dan peribahasa, atauperibahasa dan persoalan atau persoalan dan fakta.

TOPIKNYA (Pilih 2 topik berbeza untuk teknik berbeza):

1. Punca Gejala Buang Bayi dan Penderaan.

2. Kesan Negatif Kedatangan Pekerja Asing.

3. Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

Ingat:

Apa yang harus ada pada kandungan PENDAHULUAN?

1. Jangan masukkan isi

2. Setakat 50 – 60 patah perkataan

3. Tepat (menjurus kepada soalan)

4. Jelas

5. Satu perenggan sahaja

6. Kaitkan dengan isu-isu semasa

About these ads

December 8, 2009 - Posted by | SPM

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: