Blog Cikgu Ramlan Pit

Cikgu Bahasa Melayu & Chef Dalam Masakan

Kata hubung

Kata hubung (bahasa Melayu)

Tatabahasa
bahasa Melayu
Morfologi
Jenis ayat
  1. Ayat penyata
  2. Ayat perintah
  3. Ayat tanya
  4. Ayat seru
Sintaksis
Golongan kata
Pembentukan kata
Lain-lain

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:

  • perkataan dengan perkataan;
  • rangkai kata dengan rangkai kata; dan
  • ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan
  3. Kata hubung pasangan.

Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Contoh ayat:

  • Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
  • Belum tentu… sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
  • Dia mengelak, lantas menikam.

Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

  • Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
  • Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
  • Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

  • Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
  • Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
  • Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:

  • Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
  • Saya berkawan dengannya semenjak kecil

Kata hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik…mahupun, baik…baik, bukan sahaja… malah, entah…entah,jangan…pun, kian…kian, sama ada… ataupun, sedangkan…inikan pula, semakin…semakin, sungguhpun…tetapi, dan walaupun…namun..

Contoh ayat:

  • Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
  • Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

December 5, 2009 - Posted by | PMR

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: